Ditubuhkan pada tahun 2014, syarikat MRSOL Fragrance memasarkan produk wangian yang berjenama SECRET OF LOVE atau singkatannya SOL.

Terdapat pelbagai jenis wangian yang dihasilkan dibawah jenama Secret Of Love ini. Antaranya, Puteri Asmara, Puteri Kayangan, Apple Oud, Puteri Raihana, Puteri Impian, Puteri Cinta, Eternity Love, Eternity Reen, Pati Gaharu Kemboja, Pati Gaharu Putih dan banyak lagi. Setiap wangian yang dihasilkan mempunyai khasiat-khasiat khas untuk kegunaan tertentu.Antara khasiat atau kelebihan produk Secret Of Love ini ialah ia mampu membantu menenangkan hati dan jiwa, mencerdaskan akal dan menyihatkan otak, menghilangkan ketakutan dan kebimbangan, menghilangkan debaran jantung, menghilangkan sesak nafas dan melegakan LELAH (asma), memperkuatkan organ luaran dan dalaman tubuh, menghilangkan rasa gementar, menghilangkan rasa sejuk tubuh, mengelakkan gangguan makhluk halus, histeria, sihir dan pukau.

Wangian Secret Of Love ini halal dan boleh dibawa solat bagi umat Islam kerana campurannya tidak mengandungi alcohol.

Suka kami nyatakan di sini bahwa wangian SECRET OF LOVE tidak memberi kesan sampingan ke atas pengguna kerana ramuan yang digunakan mendapat kelulusan daripada HACCP iaitu Hazard Analysis And Critical Control Points.

Harga produk wangian Secret of Love ini bermula dari RM 29.90 sehingga RM 560. Manakala harga Pati Gaharu Secret Of Love Bermula dari RM 300 sehingga RM 2500 dan keatas.

Untuk menghasilkan pati gaharu yang berkualiti, kosnya amat tinggi. Pihak Mr. Secret Of Love mendapat sokongan penyelidikan dan bantuan daripada Profesor Dr Baharuddin Salleh, matan Timbalan naib Canselor USM , yang telah mengajar dan berkongsi tentang kaedah penanaman pokok karas serta pelaksanaan sistem tanaman bergilir dan juga cara menghasilkan teras gaharu yang berkualiti tinggi.

Antara anugerah yang telah diterima oleh pengasas Secret Of Love ini adalah Asia Pasific Innovation Award dalam inovasi produk gaharu dan Gold Medalist International Quality iaitu semasa beliau mengusahakan Teh Gaharu Madu, keluaran AAFT Sdn Bhd.